COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Saturday, December 29, 2012

Kes Undang-undang Wasiat : Analisis kes Kesahan Wasiat Tempoh Pembahagian Pusaka


Kes : SAEDAH BINTI ABU BAKAR MALEK BIN HAJI MOHAMED YUSUF LAWAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD YUSUF DAN USMAN BIN HAJI MOHAMED YUSUF (1981)FMSLR 352 / [1983] JURNAL HUKUM


PENDAHULUAN

Wasiat dari segi bahasa ialah berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’ yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia. [1]

Manakala wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal  dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul Karim Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga fuqaha’ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.[2]

Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam  (Negeri Selangor) No: 4, 1999, wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.[3] 

Di Malaysia terdapat satu kes unik yang dicatatkan berkaitan wasiat dimana pewasiat menambah syarat pelaksanaan dalam tempoh tertentu sehingga menghalang pembahagian harta mengikut faraid terhadap ahli waris. Justeru itu, melalui kertas tugasan ini akan cuba mengupas isu-isu dan keputusan kes tersebut dengan lebih lanjut.
  
FAKTA KES

            Kes ini berkaitan taraf wasiat yang mengikat pembahagian harta pusaka si mati untuk jangka masa 10 tahun. Si mati iaitu pewasiat telah mewasiatkan supaya pembahagian pusaka akan dibahagikan kepada waris-warisnya selepas 10 tahun dari tarikh kematiaannya. Kes ini melibatkan pihak penuntut yang merupakan balu dan anak kepada pewasiat (si mati)  iaitu Puan Saedah Binti Abu Bakar dan Malek Bin Haji Mohamed Yusof yang menyatakan bahawa wasiat itu tidak sah. Pewasiat mempunyai 10 orang anak yang menjadi waris kepada si mati mengikut undang-undang Islam iaitu lapan orang daripadanya yang mendapat faedah dari wasiat kerana telah mencapai umur dewasa dan berfikiran waras, manakala dua anak lagi adalah anak perempuan yang telah berumahtangga yang berumur lebih kurang 20 tahun dan seorang lagi adalah anak yang cacat akalnya.
  
ISU BERBANGKIT

1.      Adakah amanah wasiat itu boleh dihapuskan mengikut Undang-undang Inggeris kerana wujud ketidakupayaan waris dalam kes tersebut?

2.      Sama ada wasiat yang mengikat hak ahli waris untuk jangka masa 10 tahun adalah sah ataupun tidak mengikut undang-undang Islam?

PENGHAKIMAN

            Hakim Innes memutuskan bahawa arahan di dalam wasiat yang mengikat hak ahli waris untuk jangka masa 10 tahun adalah tidak sah menurut Undang-undang Islam kerana seorang pembuat wasiat tidak boleh menangguh atau mempercepatkan masa perpindahan harta pusaka kepada waris-waris selepas kematiannya. Hakim juga berkata sekiranya mengikut Undang-undang Inggeris terdapat langkah yang boleh diambil selepas ketidakupayaan waris itu dihindarkan atau diperuntukkan untuk menghapuskan amanah di dalam kes yang dibawa ini akan tetapi kita di sini menyelesaikan kes mengikut Undang-undang Islam.

ANALISIS

            Berdasarkan isu yang pertama, hakim telah memutuskan kes ini mengikut Undang-undang Islam kerana si mati dan warisnya adalah mereka yang beragama Islam walaupun amanah wasiat itu boleh dihapuskan mengikut Undang-undang Inggeris kerana wujud ketidakupayaan waris dalam kes tersebut.

            Hakim Innes juga telah memutuskan bahawa arahan di dalam wasiat yang mengikat hak ahli waris untuk jangka masa 10 tahun menurut Undang-undang Islam adalah tidak sah dan ahli-ahli waris itu berhak menerima pembahagian harta pusakan secara segera.

            Merujuk buku Muhammadan Law oleh Tyabji yang menyatakan bahawa tidak ada siapa (mengikut pendapat yang diterima secara am di dalam undang-undang) yang dibenarkan untuk menyekat perjalanan undang-undang dikuatkuasakan kepada mereka yang diiktiraf sebagai waris-waris.[4]

Islam mengajarkan umatnya agar bersegera dalam pembahagian harta pusaka. Hal ini telah diterangkan di dalam Surah al-Nisa’ yang bermaksud : “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”[5]. Ayat tersebut menggambarkan bahawa Allah begitu memperhatikan orang-orang yang tidak mampu dan memerlukan. Bahkan, dalam masalah pembahagian harta pusaka jika kerabat yang miskin dan amat memerlukan kepada harta pusaka, hendaklah kita memberinya bahagian mereka dengan kadar yang segera.

Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud : “Bagi orang lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan”[6]. Ayat ini jelas sekali menunjukkan bahawa setiap waris itu mempunyai hak dan bahagian mereka daripada harta pusaka.

Ayat al-Quran lain yang turut menjelaskan hak-hak waris dalam pusaka secara umum ialah ayat terakhir yang dipetik dari Surah al-Anfaal yang bermaksud : “Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu[7].

            Manakala pihak defenden (wasi) yang diwakili peguam Mr.Wagner telah mempersoalkan tentang sahnya pandangan yang dikemukakan bahawa amanah yang dipersoalkan itu bercanggah dengan undang-undang Islam dan pihaknya juga hanya mengemukakan lima kes dari India dan tiada keterangan yang diberikan. Kes-kes yang dikemukakan itu juga tidak menyokong hujahnya antara kes yang dibawa ialah kes Banoo Begum lawan Mir Abed Ali[8] yang mana kes tersebut boleh memberi kesan sekiranya pewasiat adalah seorang yang bermazhab Syi’ah akan tetapi di dalam kes Saedah ini pewasiat dan mereka yang terlibat adalah seorang Melayu yang bermazhab Shafi’i.

        Secara keseluruhannya kes ini memberi kita keputusan bahawa segala wasiat yang menyebabkan ahli waris terikat daripada menerima bahagian harta pusaka untuk jangka masa tertentu yang telah ditetapkan oleh pembuat wasiat adalah tidak sah mengikut Undang-undang Islam.

KESIMPULAN

Arahan di dalam wasiat yang menyebabkan ahli waris terikat daripada menerima bahagian harta pusaka mengikut Undang-undang Islam untuk jangka masa tertentu yang telah ditetapkan oleh pembuat wasiat adalah tidak sah. Hal ini demikian kerana, seorang pembuat wasiat tidak boleh menangguh atau mempercepatkan masa pengagihan harta pusaka kepada waris-waris setelah kematiannya  dan ahli-ahli waris berhak menerima harta pusaka secara segera.

Menyegerakan urusan pembahagian pusaka sebenarnya adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang mana kita dapat lihat wasiat orang Islam dan wasiat orang bukan Islam mempunyai perbezaan besar daripada segi hukum dan kesan menurut undang-undang. Wasiat orang bukan Islam akan mengikat ahli waris untuk membuat pembahagian harta peninggalan si mati, manakala wasiat orang Islam tidak mengikat sepenuhnya waris untuk membuat pembahagian sebagaimana di dalam wasiat itu.[9]



[1] Mohd Zamro Muda, “Instrumen Hibah Dan Wasiat : Analisis hukum Dan Aplikasi Di Malaysia”, Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008,  h.13
[2] Ibid.
[3] Bahagian Baitulmal Jabatan Agama Islam Selangor, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, h.67.
[4] Tyabji (1940), Muhammadan Law : The Personal Law of Muslims, Bombay : N.M. Tripathi, h.530.
[5] Surah Al-Nisa’ : Ayat 9.
[6] Surah an-Nisa’ : 7
[7] Surah al-Anfaal : 75
[8] 32 Bom 192
[9] http://wasiwasiat.com/tag/segerakan-pusaka/, akses pada 25 Februari 2011.

Saturday, December 15, 2012

Tiada Dokumen Wasiat, harta dibekukan.....maka




Fakta-fakta di atas tadi jelas, tindakan seterusnya adalah, lakukan apa yang sepatutya di lakukan. Jadikan amalan penulisan Wasiat sebagai suatu budaya. Mulakan dari sekarang!
Jangan ambil mudah!
Sabda Rasullullah s.a.w.: " Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya " - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Friday, December 7, 2012

UMRAH FEB8,2013

Bagi Tuan/Puan yang berhajat untuk menunaikan Umrah daripada 8hb hingga 18hb Feb,2013 boleh dapatkan keterangan lanjut berkaitan pakej yang di tawarkan kepada aroslan@operamail.com. Tempat adalah terhad sila buat tempahan awal.( rujuk kepada risalah ).


Thursday, November 29, 2012

PROMOSI TAWARAN WASIAT BULAN MUHARRAM 1434H

Assalamualaikum serta salam sejahtera,

Bagi Tuan/Puan yang berhajat untuk melaksanakan tuntutan Agama dengan menyempurnakan Wasiat peribadi, kami dengan berbesar hati menawarkan pakej Wasiat ( Amanah Raya Berhad ) dengan tawaran kos yang menarik. Kos biasa membuat wasiat sebanyak RM350/wasiat. Sempena bulan Muharram ini kami menawarkan kos penyedian Wasiat sebanyak RM320/wasiat secara tunai.
Tawaran ini sah sehingga 30 Muharram 1434H bersamaan 14hb Disember,2012. untuk 15 unit Wasiat SAHAJA !
Sila e-mail pesanan Tuan/Puan ke- aroslan@operamail.com di-mana borang permohonan serta brochure akan di poskan.
Harapan kami semoga Tuan/Puan dapat rebut peluang ini yang mungkin datang hanya sekali. InsyaALLAH jalankan tanggung-jawab kita sebagai umat Islam yang berwibawa.
Sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan dan Jom kita berwasiat semoga kita mendapat Rahmat serta PetunjukNYA. INSYAALLAH.

Monday, November 26, 2012

Hibah

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam.Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. 

KONSEP HIBAH DALAM ISLAM

1.1 Pengertian Hibah

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia  merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i)    Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii)   Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii)  Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v)  Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

1.2 Hukum dan Pensyariatan Hibah

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam  terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al- Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya”(Surah al-Baqarah ayat 177).


1.3 Rukun Hibah dan Syaratnya

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

(i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
Ia boleh diserah milikkan.
Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti 
    menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan 
    masih belum berbuah dan sebagainya.
Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan 
    seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut 
    mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
    boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar
    (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan 
    tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah 
    hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.

Wednesday, November 21, 2012

MEMBANGUN EKONOMI UMMAH


Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak
daripada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan
pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan
sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan
lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini
untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan
perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam
urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai
institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada
umat Islam khususnya dan orang Melayu amnya. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam
sistem wakaf  ini perlulah dirancang dan dilaksanakan  oleh Majlis Agama Islam
Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal  secara sistematik agar ia dapat
menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam pada masa kini.

Keputusan Fatwa


FATWA NEGERI SELANGOR

Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.

(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)

FATWA KEBANGSAAN

Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)

Pengertian Wakaf


Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanahbangunanrumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Tuesday, November 6, 2012

Pembahagian Harta Pusaka


Panduan SOP : Pusaka Kecil
Takrif Harta Pusaka Kecil

Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  peraturan pewasiatan dalam Islam.

Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:
1.Bukti Kematian
  • Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
  • Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
  • perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
  • perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2.Salinan Hakmilik
  • Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:
  • Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
  • Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
  • Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  • Amanah Raya Berhad.

Menghadiri pembicaraan
  • Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
  • Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
  • Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.
rujukan:www.kptg.gov.my

Wednesday, October 31, 2012

Dengan Sedekah Rezeki Berlimpah


Anda ingin tahu cara menjadi kaya ? Banyak orang yang memiliki keinginan seperti Saudara tetapi tidak kunjung menjadi orang kaya!. Padahal ada cara yang sangat mudah untuk mewujudkannya, yakni bersedekahlah dengan apa yang ada di tangan Anda saat ini.
Cara mudah menjadi kaya adalah kita yakin bahwa dengan apa yang dijanjikan oleh Yang Maha Kuasa. Yakinlah bahwa sesuatu yang ada dalam genggamannya jauh lebih besar dibandingkan dengan harta yang kita miliki saat ini.
Ada sebuah kisah menarik membuktikan bahwa cara mudah menjadi kaya adalah dengan bersedekah. Pada suatu ketika, Imam Ali Bin Abi Thalib didatangi oleh seorang pengemis. Kemudian, beliau memerintahkan kepada putranya untuk mengambilkan wang yang disimpan isterinya. “Kemarin kita menyimpan wang enam dirham. Ambil dan berikan wang tersebut untuk pengemis ini,” ucapnya.
Tidak berapa lama kemudian, putranya datang untuk memberitahukan bahwa wang tersebut akan digunakan oleh ibunya untuk membeli tepung. Namun, Ali bin Abi Thalib RA menolak alasan ini. “Iman seorang hamba belum benar-benar mantap sehingga ia lebih menyakini apa yang ada dalam genggaman Allah SWT daripada apa yang berada dalam genggaman kedua tanggannya, Katakan kepada ibumu sekali lagi, “berikan wang enam dirham tersebut,” tegasnya.
Setelah itu, putra beliaupun kembali lagi ke ibu mereka. Tidak lama kemudian, mereka membawa wang enam dirham dan memberikannya kepada pengemis tersebut. Tidak lama setelah wang tersebut diberikan, Imam Ali bertemu dengan seorang laki-laki membawa seekor unta yang akan dijualnya.
“Berapa harga unta ini?” tanya Imam Ali.
“Seratus empat puluh dirham,” jawab laki-laki tersebut.
“Bolehkah aku beli? Tetapi wangnya aku berikan belakangan?” tawar Imam Ali.
Laki-laki tersebut menyetujuinya dan ia pun pulang. Tidak lama setelah Imam Ali membeli unta tersebut, tiba-tiba datang seorang laki-laki dan bertanya, “Apakah unta ini akan dijual?”
“Ya,” jawab Imam Ali.
“Berapa harganya?”
“Dua ratus dirham.”
Tanpa banyak kata, laki-laki tersebut langsung membelinya seharga dua ratus dirham. Kemudian, Imam ALi memberikan seratus empat puluh dirham kepada penjual unta pertama. Sisanya, enam puluh dirham diberikan kepada Fathimah, isterinya.
“wang apa ini?” tanya Fathimah ketika menerima wang sebesar itu dari Imam Ali.
“Ini adalah janji Allah SWT sebagaimana pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW. Saat itu, beliau membaca, “Barang siapa berbuat satu kebaikan, ia akan mendapat balasan sepuluh kebaikan yang serupa dengannya,” (QS. Al-An’am:160).
Jadi, cara menjadi kaya mudah bukan ?

Tuesday, October 23, 2012

PROGRAM UMRAH MUKMIN

















Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Program Umrah Mukmin (PUM) ini adalah merupakan salah satu daripada perkhidmatan Muamalat 4P WMSB iaitu di bawah Pelan Penyucian Mukmin.
PUM ini akan dilancarkan secara rasminya secara umum pada 1 November 2012 nanti. Bagi memberi ruang dan peluang yang lebih istimewa kepada Rakan-Rakan Warisan Mukmin yang sedia ada.
Bagi mereka yang berhajat menunaikan Umrah untuk tahun 2013, bolehlah berhubung dengan pihak kami serta mendaftar. Jadual penuh tarikh penerbangan akan di upload dalam masa terdekat.
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi: SMS ke - aroslan@operamail.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Saturday, October 13, 2012

SELAMAT DATANG ke DARUL JENAZAH

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al Anbiyaa’:35).





SEMUA PENGURUSAN JENAZAH DI MALAYSIA DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA MENGIKUT KEHENDAK HUKUM SYARAK. PENGURUSAN JENAZAH ISLAM DAPAT PENGIKTIRAFAN ISO. SEMUA URUSAN PENGURUSAN JENAZAH DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN CEPAT DAN SISTEMATIK.

Pilih untuk melanggan

Cempaka (Individu)
96.00 RM / setahun
Pengurusan Jenazah Lengkap
Wang Tunai RM200
Khatam Al-Quran
Zikir dan Tahlil
Batu Nisan
PA RM50,000 (Kemalangan)
Perubatan RM500 (Kemalangan)
Ambulan RM200 (Kemalangan)
Mawar (Individu)
116.00 RM / setahun
Pengurusan Jenazah Lengkap
Wang Tunai RM300
Khatam Al-Quran
Zikir dan Tahlil
Badal Haji
Wakaf/ Batu Nisan/ Pusara
PA RM50,000 (Kemalangan)
Perubatan RM500 (Kemalangan)
Ambulan RM200
Kemboja (Keluarga)
136.00 RM / setahun
Pengurusan Jenazah Lengkap (Pencarum dan Pasangan)
Wang Tunai RM350
Khatam Al-Quran
Zikir dan Tahlil
Batu Nisan
Khairat Anak-Anak Bawah 18 Tahun (5 Orang)
* PA Kepada Penama dan Pasangan Sahaja
PA RM 50,000 (Kemalangan)
Perubatan RM500 (Kemalangan)
Ambulan RM200 (Kemalangan)
Orkid (Keluarga)
196.00 RM / setahun
Pengurusan Jenazah Lengkap (Pencarum dan Pasangan)
Wang Tunai RM450
Khatam Al-Quran
Zikir dan Tahlil
Badal Haji
Wakaf/ Batu Nisan/ Pusara
Khairat Anak-Anak Bawah 18 Tahun(5 Orang)
* PA Kepada Penama dan Pasangan Sahaja
PA RM 50,000 (Kemalangan)
Perubatan RM500 (Kemalangan)
Ambulan RM200 (Kemalangan)
Teratai (Individu)
969.00 RM / Sekali Bayar Sahaja
Pengurusan Jenazah Lengkap
Khatam Al-Quran
Zikir dan Tahlil
Warga Emas 60 Tahun Ke Atas






























































































ANDA yang berhasrat untuk menyertai kami, sila hubungi melalui SMS ke 016-4125989 dengan TAIP > NAMA.ALAMAT.NO. H/P. Pihak kami akan POS kan borang penyertaan untuk tindakan selanjutnya.

Untuk butiran lanjut sila layari sesawang kami di: http://www.daruljenazah.com.my, semoga ANDA mendapat rahmat daripada ALLAH jua. Amin.