COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Friday, October 21, 2011

Mulakanlah langkah pertama

TIADA HARI TANPA WASIAT - mulakanlah hari ini !
Hubungi Perunding ANDA: 016-4125989 untuk temujanji.

Sunday, September 25, 2011

Kelebihan Mempunyai Dokumen Wasiat

  • Perisytiharan "Harta Sepencarian" ( terhad kepada maksimun 50% daripada jumlah pusaka )
  • Membenarkan pemberian/pembahagian sehingga 1/3 daripada HPB kepada yang bukan terdiri dari waris/faraid [ seperti cucu,anak angkat,ibu/bapa/anak-anak/ahli keluarga bukan Islam atau pertubuhan-pertubuhan amal ].
  • Dengan persetujuan semua waris Anda, Anda dibenarkan untuk memberi hadiah kepada waris tertentu menurut kehendak Tuan/Puan.
  • Melantik Wasi serta Pemegang Amanah yang boleh menguruskan, membahagikan harta pusaka dan Penjaga untuk bertindak sebagai penjaga kanak-kanak di bawah umur juga termasuk kanak-kanak istemewa.
  • Mengurangkan birokrasi serta perbelanjaan guaman
  • Membolehkan kita mengarahkan/meninggalkan pesanan untuk orang tertentu dan dikecualikan daripada keperluan untuk penyediaan Bon Pentadbiran.

Saturday, September 24, 2011

Adakah perlu kita menulis wasiat?

Nabi Muhammad [S.A.W.] diberitakan amat menggalakan umatnya menulis Wasiat apabila mereka meninggalkan harta untuk waris-waris mereka. Sebagaimana sbda baginda :
 " Seseorang Muslim yang mempunyai harta untuk diWasiatkan, tidak seharusnya melepasi dua malam, tanpa Wasiat yang bertulis dengannya " [ hadis Al-Bukhari, Had55, Hadith 1, Ibn Umar ]

Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, Undang-undang Harta Pusaka Islam menetapkan had tertentu akan tetapi dibenarkan penggunaan Wasiat bertulis sebagai cara yang flexibel untuk pembahagian harta pewasiat. maka dengan itu, Wasiat merupakan dokumen perundangan yang mengikat serta menyatakan hasrat Tuan/Puan. wasiat adalah perisytiharan niat pewasiat untuk mewasiatkan sehingga 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris dan memberi arahan bagaimana ianya harus dilaksanakan setelah pemergiannya nanti.

Wednesday, September 21, 2011

Mulakan Tindakan ANDA sekarang!

Untuk urusan membuat Wasiat/Hibah hubungi 016-4125989 Roslan , Islamic Financial Consultant. Warisan Mukmin sdn Bhd /Amanah Raya Berhad ,lokasi Pulau Pinang.
TIADA HARI TANPA WASIAT!

Nas Mengenai Pewarisan

"Pembahagian itu (pembahagian harta pusaka) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya."
~ Surah an-Nisa', ayat 11 ~

Sunday, September 18, 2011

Ahmad Roslan Hashim (4)

Ahmad Roslan Hashim (4): World's dependence on paper currency is showing some unfavourable moves....some countries hv been printing relentlessly more paper currency... hei! what's going on here!...what's wrong with US Federal Reserves....got no more gold left???????......Hai ! folks I reckon it's about time go and get those gold and silver, still not too late. Have you ever watch the price of especially GOLD!!!!! ( in support fr the DINAR and DIRHAM - currency of the past, present and the future)

Betapa PENTINGNYA WASIAT!

Realitinya ,kini sudah mencecah RM42 billion nilai asset si mati yg dibekukan berserta satu lagi senario seperti biasa-biasa saja, lebih 1 juta kes tuntutan pusaka yg tidak dapat di selesaikan kerana berbagai kerenah berpunca drpd KITA SENDIRI. Persoalan, adakah KITA INGIN HANYA SEKADAR MELIHAT tanpa sebarang kesedaran serta keinsafan. Daripada jumlah tersebut 90% adalah pusaka orang Melayu Islam. Mungkin gelombang tarbiah perlu diperhebatkan.....semoga InsyaALLAH kita tidak berdepan dengan perkara-perkara yg lebih buruk, akibat , apa yg dikatakan FITNAH HARTA dan yang lebih zalim lagi memakan harta sesama waris secara BATIL/HARAM....dan memakan harta ANAK-ANAK YATIM. Jadikanlah perWasiatan suatu budaya semula jadi. Jika ALLAH telah menerangkannya dalam Kitab Al-Quran serta NABI SAW telah banyak bersabda dgn HADIS2 SAHIH.....jadi apakah pegangan umat Muhammad di akhir zaman?

Saturday, April 2, 2011

RUMIT

Tidak ramai dikalangan kita tahu perihal kerumitan pentadbiran harta pusaka di Malaysia ini, hanya waris yang merasa keperitan dan kerenah birokrasi apabila kematian telah berlaku. Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup. Sekurang-kurangnya dengan berwasiat, pewasiat telah merancang apakah hartanya dan kepada siapakah harta tersebut perlu diberikan. Wasiat boleh sentiasa diubah semasa hayat kerana wasiat yang terakhir sahaja yang efektif apabila berlaku kematian.

Monday, March 14, 2011

Choose The Right Executor

In your Will, you are required to name an executor who will oversee the distribution of your assets in accordance with your Will.
Amanah Raya Berhad would be an ideal executor and trustee for you since the company has been in this business for more than 85 years. With ARB handling your estate, you can certainly be assured of excellent and efficient services, given its experience and expertise, as well as its unblemished corporate record.

Sunday, March 13, 2011

Lakukan Perancangan AWAL jangan tangguh

SIAPAKAH SEPATUTNYA MERANCANG HARTA MELALUI WASIAT?

Sepatutnya setiap orang perlu merancang pewarisan harta semasa kita masih hidup, jangan bertangguh-tangguh esok atau lusa kerana ajal maut akan datang tanpa sebarang notis!

Wasiat adalah satu dokumen yang mengandungi perancangan harta pusaka berbentuk arahan kepada Pentadbir atau Wasi (yang dilantik oleh pewasiat) untuk melaksanakan segala hasrat pembuat wasiat atau Pewasiat termasuklah melaksanakan segala perancangan, pengurusan dan pengagihan harta pusaka selepas pewasiat itu meninggal dunia.

Pewarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagih-agihkan kepada waris-waris yang layak menerima. Disamping itu, melalui wasiat juga pewasiat boleh menyatakan hasratnya untuk membuat amal jariah dengan cara mengimfakkan 1/3 daripada harta pusakanya kepada orang lain untuk tujuan kebaikan. Pahala bersedekah amat besar, laksana air sungai, sentiasa mengalir hingga hari kiamat!

Ternyata perancangan harta pewarisan melalui wasiat mempunyai banyak kebaikan, antaranya ialah:-

  • (i) perlantikan Pentadbir harta atau Wasi melalui wasiat akan memudahkan segala urusan dan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian;
  • (ii)perlantikan Penjaga yang boleh dipercayai akan menjamin kebajikan dan kepentingan waris-waris selepas kematian termasuk kepentingan anak-anak bawah umur atau anak-anak yang menghadapi penyakit kronik;
  • (iii)pengisytiharaan tentang semua harta yang dimiliki, segala hutang piutang dan juga waris-waris si mati;
  • (iv)meninggalkan pesanan atau nasihat yang baik kepada waris-waris terdekat terutama kepada anak-anak yang ditinggalkan;
  • (v)mengurangkan bebanan kepada waris-waris dalam urusan tuntutan harta pusaka;
  • (vi)mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka;
  • (vii)boleh membuat amal jariah (sedekah)ke atas harta pusaka untuk tujuan kebajikan ummah.

Sunday, March 6, 2011

Renungan Hadis Riwayat Ibnu Majah



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat."

MULAKANLAH LANGKAH PERTAMA ANDA

Apa itu yang dikatakan dengan DOKUMEN WASIAT. Ia merupakan satu ciri Dokumen Rujukan Penting selepas kematian seseorang individu yang mana diterangkan terperinci status harta peninggalan serta tanggung mahupun hutang simati untuk ditadbir dan diagihkan secara sah. Denagn demikian , yang disebut sebagai "Dokumen Wasiat" boleh lah dianggap seumpama "Dokumen Pentadbiran Harta Pusaka".
Kos Wasiat AmanahRaya: Wasiat Islam dan Bukan Islam sebanyak RM350.00 sementara kos penyimpanan wasiat ( ianya di simpan selamat di AMANAH RAYA BERHAD ) secara percuma.Dokumen Wasiat mungkin hanyalah sehelai kertas, akan tetapi ia yang dapat "bercakap" untuk anda apabila anda tiada lagi.
Bersegeralah mengambil kesempatan yang ada, dapatkan Khidmat Nasihat mengenai wasiat dan pengiraan faraid di WARISAN MUKMIN - Roslan-016-4125989 atau 03-5512 5886.
Kami sedia membantu. mulakanlah langkah pertama anda.

Model Ekonomi Islam, apakah itu dan bagaimana ianya boleh direalisasikan??

Nantikan kupasan model tersebut yang dibentuk khusus untuk umat Islam jadikan sebagai panduan kearah menjadi umat yang dinamik dari sudut muamalat secara syariah.

Saturday, March 5, 2011

PUNGUTAN KHAIRAT

Untuk makluman semua, pihak Warisan Mukmin Sdn Bhd(WMSB) telah melancarkan Pungutan Khairat mulai 25hb Ogos,2010 bagi tujuan Membangunkan Sistem Pengurusan dan Pelupusan bahan-Bahan Cetakan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Yang Lusuh dan Rosak di Masjid-Masjid terpilih di Sekitar negeri Selangor Darul Ehsan berdasarkan syarat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor. Ianya merupakan initiatif perintis yang pertama di Malaysia. Sumbangan ANDA amatlah diharapkan. Usaha yang sangat murni ini lagi suci dapat memartabatkan kesucian Kitab Al-Qur'an Al-Karim.
Sama-samalah kita mendoakan semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan ALLAH SWT.
untuk keterangan lanjut: WMSB ditalian 03-5512 5886 atau e-mail: info@warisanmukmin.com

Pengurusan Harta Pusaka Islam

WAJIB DISEGERAKAN

Apabila berlaku kematian ke atas seseorang Muslim, harta yang ditinggalkan oleh simati WAJIB diuruskan dengan kadar SEGERA menurut langkah-langkah berikut:
1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah.
2.Melunaskan Tanggungan Hutang (Agama)
3.Melunaskan Tanggungan hutang (Manusia)
4.Pembahagian Harta Sepencarian
5.Menunaikan Wasiat
6.Mengagihkan bahagian Faraid

akan tetapi AWAS Perlaksanaan urusan diatas tidak berlaku secara automatik selepas kematian ANDA
Ianya amat perlu dirancang terlebih dahulu agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan yang lebih penting, ianya menurut syariat.
Walaupun urusan tersebut adalah FARDHU dan WAJIB, pada REALITINYA sedih, masih ramai yang telah GAGAL ya GAGAL dan buktinya * lebih 1Juta kes pusaka tertunggak di mahkamah * harta beku kini mencecah lebih RM42 billion di Malaysia dan 90% daripadanya adalah milik orang Islam *Hukum Faraid(wajib) tidak dilaksanakan(SIAPA BERDOSA?)
Oleh itu JANGAN AMBIUL MUDAH SOAL FARAID