COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label Pemegang Amanah. Show all posts
Showing posts with label Pemegang Amanah. Show all posts

Monday, January 20, 2014

SISTEM FARAID SECARA DALAM TALIAN



photo#1: MOHD. Fadzli Marhusin (tengah) menunjukkan penggunaan aplikasi Faraidsys menerusi android dan komputer sambil diperhatikan oleh para pelajar Fakulti Quran dan Sunnah bersama Fakulti Sains Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 14 Jan. – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membangunkan sistem perkhidmatan pengurusan faraid untuk menguruskan pelbagai perkara seperti aset, hutang dan wasiat secara dalam talian.

Projek itu dibangunkan oleh Dr. Mohd. Fadzli Marhusin dan Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri dan dibantu oleh enam orang pelajar fakulti berkenaan sejak Julai 2013 dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan.

Menurut Fadzli, sistem yang pertama seumpamanya ini dibangunkan dengan menggunakan platform bersepadu berasaskan laman sesawang, android, dan e-mel bagi menyediakan perkhidmatan yang lancar dan mekanisme perlindungan rahsia yang ketat.

“Antara ciri utama yang dijaga kerahsiaannya adalah meliputi nombor akaun, baki akaun, lokasi aset dan maklumat pemegang amanah harta.

“Sistem ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di mana akses terhadap maklumat sensitif hanya diketahui oleh pemegang akaun semasa hayatnya,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Fadzli, kebiasaannya keadaan menjadi sangat sukar apabila si mati tidak mendedahkan maklumat yang betul kepada ahli keluarga masing-masing selain tidak merekodkan maklumat berkaitan kekayaan yang tidak didokumentasi dengan baik.

Untuk itu katanya, menerusi sistem ini, pemilik akaun ini akan merekodkan segala bentuk maklumat peribadi dan aset mereka selain melantik pemegang amanah sekiranya pemilik akaun meninggal dunia.

“Setelah kematian pemilik akaun, sistem yang dikenali sebagai Faraidsys itu membolehkan pemegang amanah yang dilantik untuk membuka rekod dan melihat maklumat sensitif berkenaan tanpa dapat dicabar kerana pemilik sudah meninggal dunia,” tambah beliau.

Jelasnya, sistem ini mudah dan cepat kerana kita boleh diakses di mana sahaja asalkan ada jaringan Internet dan boleh digunakan oleh orang Islam dan bukan beragama Islam.

Menurut Fadzli, sistem yang ini masih mempunyai kelemahan, namun kumpulan penyelidik sentiasa komited untuk melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Pengguna yang berminat boleh melawat versi percubaan sistem tersebut melalui laman sesawang www.faraidsys.org.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140115/ws_01/Sistem-faraid-secara-dalam-talian#ixzz2qQOBKWnY

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 15/01/2014

Wednesday, December 25, 2013

PENGURUSAN KEKAYAAN ISLAM MASIH PERLU DIMAJUKAN

Posted by  on Dec 20, 2013

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengurusan kekayaan Islam masih baharu di Malaysia dan perlu dibangunkan lagi, kata Ketua Pegawai Akademik INCEIF, Universiti Kewangan Islam Global, Profesor Datuk Syed Othman Alhabshi.

Beliau berkata, hanya beberapa hartawan sahaja yang telah melaksanakan pengurusan kekayaan Islam kerana mahu kekayaan mereka diurus dengan baik oleh pakar.

“Pengurusan kekayaan tidak terhad kepada yang kaya sahaja, tetapi juga yang miskin, kita tidak harus melihat kepada aspek kewujudan kekayaan dan pengumpulan sahaja tetapi juga dalam pengagihan dan menjaga golongan miskin, ” katanya selepas berucap pada kolokium sulung BNP Paribas-INCEIF Pusat bagi Pengurusan Kekayaan Islam (CIWM) di sini hari ini.

Syed Othman, yang juga pengerusi pusat itu berkata, orang ramai masih melakukan apa yang mereka telah lakukan dalam sistem konvensional untuk menguruskan kekayaan mereka.

“Kini dengan dasar pematuhan syariah, terdapat banyak lagi mengenainya,” kata beliau.

Mengenai Wakaf (harta diletakkan di bawah jagaan pemegang amanah), beliau berkata, apabila ditubuhkan, ia akan dipindahkan kepada sebuah majlis Islam untuk diuruskan, tetapi sama ada mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan harta itu menjadi persoalan kerana harta itu tidak sepatutnya terbiar begitu sahaja dan perlu memberi manfaat benefisiari.

Kolokium sehari itu menampilkan 10 pakar industri dan ahli akademik. – BERNAMA


Artikel Penuh: Baca seterusnya di SINI!


Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 20/12/2013