COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Tuesday, May 29, 2012

Rukun dan syarat wasiat

  • Pewasiat (Al-Musi) 


  • Pemilik sah harta yang sempurna pada masa kematian, siuman, berakal, berwasiat secara sukarela dan merdeka.

  • Penerima wasiat (Al-Musho Lahu) 


  • Penerima wasiat adalah umum; individu, badan kebajikan. Penerima hendaklah diketahui dengan jelas kecuali untuk perkara kebajikan, berkeahlian dan boleh menerima harta, bukan ahli waris menurut pendapat jumhur fuqaha’.

  • Harta yang diwasiatkan (Al-Musho Bihi) 


  • Harta terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih, halal dimanfaatkan, boleh dipindah milik, boleh dimiliki dan milik pewasiat, harta bernilai menurut hukum syarak, harta itu tidak dihabiskan oleh hutang dan kadar harta tidak melebihi harta pewasiat.

  • Lafaz wasiat (Sighah) 


  • Berlaku proses transaksi lafaz wasiat, ijab dan kabul, niat oleh pewasiat dan diterima oleh penerima wasiat. Persetujuan ini hendaklah diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa mengira sama ada penerima wasiat sudah bersetuju atau menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat.

  • Ijab 


  • Boleh dibuat melalui perkataan, tulisan atau isyarat membawa maksud wasiat dan hendaklah berterusan sehingga pewasiat meninggal dunia.

  • Qabul 


  • Boleh dibuat selepas kematian sama ada secara jelas; percakapan atau dilalah melalui perbuatan atau diam. Penolakan wasiat juga hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat. Qabul dan penolakan wasiat tidak disyaratkan segera. Hak qabul dan menolak wasiat berpindah kepada ahli waris jika penerima wasiat mati sebelum berbuat 


  • Hukum Wasiat

    Hukum wasiat peringkat awal wajib berdasarkan ayat 180, Surah al Baqarah.  Selepas turun ayat mewarith, hukum wasiat adalah seperti berikut:

    (a) Jumhur Fuqaha’ wasiat adalah sunat

    (b) Fuqaha’ Tabi’in – wasiat adalah wajib awalnya. sama seperti hukum awalnya.

    (c) Daud al Zahiri wasiat wajib kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menerima pusaka.



    Bagi Jumhur Fuqaha’, hukum keadaan berubah mengikut keadaan:

    (a) Wasiat wajib bagi orang yang ada tanggungan seperti hak Allah dan hak hamba, zakat, kafarrah, nazar, hamba, umpamanya zakat, kafarrah, nazar, haji,
    haji, fidyah haji dan puasa, menunaikan puasa, fidyah. hutang dan memulangkan barang fidyah.

    (b) Wasiat sunat untuk jalan kebajikan kawan


    (c) Wasiat adalah harus untuk kawan, orang kaya, atau kerabat yang kaya.


    (d) Wasiat adalah makruh untuk perkara perkara makruh

    (e) Wasiat adalah haram untuk perkara perkara yang haram disisi Syarak. 

    WASIAT ORANG ISLAM

    ENAKMEN 4 TAHUN 1999,
    ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999,
    BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT.


    Seksyen 11. Cara-cara perwasiatan.

    (1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan cara- 
      (a) memberi harta atau bahagian yang akan diperolehi melalui pusaka, kepada benefisiari; atau
      (b) memberi pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang ditentukan daripada harta pusakanya dengan tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris.
    (2) Tertakluk kepada subseksyen 26(2), seseorang boleh menentukan bahagian masing-masing warisnya dari harta pusaka dan, jika salah seorang daripada waris itu ditentukan bahagianya dengan melebihi kadar yang ia berhak, harta yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai wasiat.

    Saturday, May 19, 2012

    Hadis Kedua


    Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
    Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
    Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
    Sipemuda : Benar katamu.
    ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
    Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
    Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
    Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
    Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
    ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
    Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
    Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
    Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

    Hadis 40 hari Dajjal

    Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:
    (Dari buku Jerusalem ms 148)

    Rasulullah s.a.w. telah menyebut tentang Dajjal di suatu pagi. Kadangkala baginda menyebut tentangnya sebagai tidak penting dan kadangkala sebagai penting (kejahatannya) seolah-olah dia berada di antara pohon-pohon kurma. 

    Apabila kami berjumpa dengan baginda di waktu petang dan baginda melihat (tanda-tanda takut) pada muka-muka kami, baginda bertanya: "Apakah halnya dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau telah bercakap tentang Dajjal pagi tadi (kadang-kadang sebagai) sesuatu yang tidak penting dan kadang-kadang sebagai sesuatu yang penting, sehingga kami merasakan dia berada di antara pohon-pohon kurma."

    Baginda menjawab: "Aku khuatir tentang banyak perkara berkaitan kami selain daripada Dajjal. Sekiranya ia muncul ketika aku masih bersama kamu, aku akan berdepan dengannya bagi pihak kamu, dan jika dia muncul ketika aku tidak lagi bersama kamu, seseorang lelaki mesti berdepan dengannya bersendirian dan Allah s.w.t. akan menjaga setiap orang Islam bagi pihakku (dan memeliharanya dari kejahatan Dajjal. Dia (Dajjal) adalah seorang lelaki, berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Aku membandingkannya dengan Abdul al-Uzza ibn Qatan. Sesiapa yang hidup dan melihatnya mestilah membaca pembukaan surah al-Kahfi ke atasnya. Dia akan muncul di antara Syria dan Iraq dan akan menyebarkan kejahatan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba Allah! Berpeganglah kepada kebenaran."

    Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."

    Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa cepat dia akan berjalan di atas bumi?" Baginda menjawab: "Seperti awan yang ditiup angin. Dia akan mengajak manusia ke agama yang salah, mereka akan mengesahkan kepercayaan mereka kepadanya dan memberi respon mereka kepadanya.

    Dajjal kemudian akan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang akan menumbuhkan tanaman. Selepas itu, haiwan ternakan mereka akan menjadi gemuk dan berisi susu. Kemudian dia akan pergi ke sekumpulan orang yang lain dan mengajak mereka. Mereka akan menolak ajakannya dan dia akan beredar dari mereka, mereka akan mengalami kemarau dan mereka akan hidup melarat.

    Dia akan berjalan di atas padang pasir dan berkata kepadanya: "Keluarkan khazanahmu." Khazanah-khazanah tersebut akan keluar dan berkumpul di hadapannya seperti sekawanan lebah (ini merujuk kepada minyak dan khazanah bumi yang lain). 

    Dia kemudiannya akan memilih seorang pemuda dan memotong tubuhnya kepada dua bahagian dan mengasingkannya kepada dua bahagian dengan jarak seperti seorang pemanah dengan sasarannya. Dia akan memanggil (pemuda) dan pemuda itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan bergembira.

    Ketika inilah Allah akan menurunkan Isa anak Maryam. Dia akan turun di menara putih di sebelah timur Damascus dengan memakai dua helai kain kuning muda dengan kedua-dua tangannya di atas kepak dua malaikat. Apabila kepalanya tunduk, akan jatuh peluh dari kepalanya dan bila dia mengangkat kepalanya semula, peluh itu akan bertebaran seperti mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau badannya akan mati dan nafasnya akan menjangkau sejauh penglihatannya. Dia akan mencari Dajjal sehingga ke pagar Ludd, menangkapnya dan membunuhnya.

    Kemudian sekumpulan orang yang telah dilindungi oleh Allah akan datang kepada Isa anak Maryam dan dia akan menyapu muka-muka mereka seraya memberitakan tentang kedudukan mereka di dalam syurga. Di sinilah Allah akan berfirman kepada Isa a.s.: "Aku telah jadikan di antara hamba-hambaKu segolongan manusia yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur", kemudian Allah akan menghantar Yakjuj dan Makjuj yang akan turun dari segenap cerun. Yang pertama daripada mereka akan melewati Tasik Tiberias dan meminum air darinya. Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dia akan berkata: "Dahulu pernah ada air di sini."

    Nabi Isa dan para sahabatnya kemudiannya akan terkepung di sini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang amat sangat) sehingga kepala seekor lembu akan lebih bernilai dari seratus dinar.

    Rasul Allah Isa a.s. dan para sahabatnya akan berdoa ke hadrat Allah, dan Allah akan menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka semua akan mati keesokan paginya. Nabi Isa a.s. dan sahabat-sahabatnya akan turun ke bumi dan mendapati bumi dipenuhi dengan bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabatnya akan memohon kepada Allah yang akan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengangkat bangkai-bangkai ini dan membuangkannya ke tempat yang dipilih Allah. 

    Kemudian Allah akan menurunkan hujan di mana tiada satu pun rumah yang dibuat dari tanah liat atau dari (khemah) kulit unta yang dapat mengelak darinya dan ia akan membasahi bumi sehingga ia kelihatan seperti cermin. Kemudian bumi akan diperintah dengan mengeluarkan hasilnya dan dipulihkan semula rahmatNya dan sebagai hasilnya akan tumbuh buah delima yang besar sehingga boleh dimakan oleh segolongan orang dan mereka dapat berlindung di bawah kulitnya.

    Seekor lembu akan menghasilkan susu yang banyak sehingga sekumpulan orang dapat meminumnya. Unta susu pula akan memberi susu yang banyak sehingga seluruh puak tersebut boleh minum darinya. Dan kambing yang menyusu akan menghasilkan susu sehingga seluruh ahli keluarganya dapat minum darinya.

    Ketika itu Allah s.w.t. akan menghantar angin yang sejuk yang akan memberi keselesaan kepada manusia sehingga ketiak mereka. Dia akan mengambil nyawa setiap Muslim dan hanya orang-orang zalim yang melakukan zina seperti seekor keldai yang akan tinggal.

    Dan selepas itu akan tiba Kiamat ke atas mereka.